Catatan Pelihara Kelulut

Sunday 24 April 2016

Lubang sarang kelulut semakin membesar


Setelah 2 jam berlalu, lubang kemasukan ke sarang kelulut kelihatan semakin jelas pembentukannya. Kelihatan sarang menonjol kedepan dan pekerja kelulut masih bekerja tanpa berhenti.

Kelulut mula bina lubang ke sarang


Kelulut kelihatan mula membina lubang sarang pada log pertama ini.


Lubang masuk kelulut ke sarang


Pada jam lebih kurang pukul 5 petang, saya telah membuka balutan plastik dan juga jaring pada log kelulut pertama saya itu. Lihat pada lubang kemasukan ke sarang masih tiada. Kelulut mula kelihatan membina lubang kemasukan segera sebaik sahaja mereka dapat keluar bebas keluar.




Log kelulut yang pertama


Pada 24 April 2016, saya telah membawa balik satu log kelulut yang saya beli dari seorang rakan. Ingin menjadikan hobi baru memelihara kelulut di kawasan rumah sendiri walaupun ruang yang ada sangat kecil, maklumlah tinggal di perumahan teres sederhana. Saya beli log kelulut yang sudah siap diletakkan di kawasan rumah.

Catatan Pelihara Kelulut All Right Reserved.